Nuffnang Ads

Thursday 5 May 2011

Kenali Ahli Kumpulan Nasyid Dian

Salam untuk semua pengunjung.Terima kasih kerana mengunjungi laman blog rasmi kumpulan Dian.Untuk 'post' kali ini,saya ingin mengajak anda semua mengenali ahli kumpulan dian secara lebih dekat lagi.Bak kata pepatah,tak kenal maka tak cinta.Untuk permulaan,saya perkenalkan dulu secara ringkas nama setiap ahli dalam keluarga Dian ini...

Mohd Nezuan B. Othman (vocal)


Nurul Amira Bte Kamarudin (Lead Vocal)


Rafiuddin B. Rohani (Vocal & Composer)


Wahida Bte Hashim (Vocal)

Shahrulnizam B Bakar (Vocal)

Yuslaili Bte Ishak (Vocal)

Mohammad Jayha B Mohammed Noor (Vocal)

Afham Zulhusmi Bin Ahmad (Lead Vocal & Composer)

Mohd Rosdi B Ripin (Vocal & Manager)

Untuk permulaan,biarlah rupa dan nama menjadi jambatan kepada introduksi antara kita.InsyaAllah,untuk 'post' akan datang,kita akan bawakan sesi temubual secara individu bersama setiap ahli kumpulan nasyid Dian.Ilalliqa' dan salam...

Dian@Melaka Hari Ini

Pelancaran Album Dian, Permata Nusantara


MELAKA, 2 APRIL 2011- Politeknik Melaka mencatat lembaran sejarah baru apabila menjadi politeknik dan Institusi Pengajian Tinggi Pertama di Malaysia menjayakan penerbitan bersama album nasyid pelancongan Negeri Melaka dan Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Upacara pelancaran yang penuh gilang gemilang dan berwarna warni itu disempurnakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 2 April 2011 bersamaan 28 Rabiulakhir 1432H bertempat di Menara Taming Sari, Bandar Hilir, Melaka.
Menurut Ustaz Mohd Rosdi Ariffin, selaku ketua kumpulan nasyid Dian, yang juga Pengurus Produksi penerbitan album ini; Dian yang dahulunya pernah meraih Johan Festival Nasyid Negeri Melaka dan mewakili negeri Melaka ke Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan pada tahun 2009, kini menempa sejarahnya tersendiri apabila menjadi ikon mempromosi pelancongan negeri Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia UNESCO dan Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Institusi Pengajian Tinggi pilihan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa, yang menawarkan pelbagai pengajian dalam bidang Teknikal dan Vokasional.
Bertambah meriah lagi apabila majlis tersebut mendapat liputan yang meluas daripada para wartawan termasuk kakitangan dan juruhebah Melakafm serta kehadiran ratusan peminat Dian yang setia menunggu seawal jam 8.30 pagi lagi sehinggalah berakhir majlis tersebut sekitar jam 12.45 t/hari.
Antara tetamu kehormat yang hadir bersama meraikan majlis yang julung kali diadakan ini ialah Y.B. Datuk Latiff bin Tamby Chik, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Melaka, Ustaz Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Encik Abdul Kadir bin Md Idris, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Encik Mohd Hatta bin Zainal, Pengarah Politeknik Melaka, Ustaz Isman Nadin bin Isam, Penerbit Album Nasyid Dian dan Puan Noriah binti Moksin, Pengerusi Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad. Kepada peminat nasyid kotemporari tanahair, dapatkan album Dian secepat yang mungkin kerana mesej lagunya jelas dan amat menyentuh dan mendidik jiwa.
Selain 11 lagu yang dimuatkan dalam album dian “permata nusantara” ini, 2 sajak yang berjudul ibu dan rasul pilihan pasti membuatkan hati para pendengar teruja dan merasai kepuasan mendengarnya. Harga promosi album yang ditawarkan adalah RM15.00/unit dan buat sementara waktu ianya boleh dibeli di Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad.
Album Dian dijangka mula berada di pasaran luar seperti di kedai-kedai buku agama dan di kedai-kedai musik di pasaraya terpilih bermula pada bulan Jun nanti di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Pemasaran dan Jualan Album Dian di talian 012-3976922 (Jayha).
(Berita Ihsan Web Politeknik Melaka)