Nuffnang Ads

Sunday 19 February 2012

Dian upcoming events...

Assalamualaikum untuk semua sahabat Dian yang mengikuti perkembangan kami sehingga kini.Pasti diantara anda tertanya-tanya apakah aktiviti Dian sepanjang tahun 2012.Untuk pengetahuan semua,lembaran 2012 akan kami mulakan dengan penglibatan kami dalam Karnival Jom Heboh TV3 yang akan diadakan di MITC,Melaka pada 24-26 Februari 2012.InsyaAllah kami akan berada di booth Politeknik,Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan di booth tersebut.Bagi yang ingin mendapatkan informasi berkenaan peluang pengajian di politeknik Malaysia,booth ini adalah destinasi yang tepat untuk dikunjungi.Semestinya Dian akan mengadakan persembahan bagi menjayakan program promosi KPTM di booth berkenaan.Kepada yang berkesempatan untuk hadir ke Karnival Jom Heboh tersebut,nantikan persembahan istimewa daripada Dian secara live.Jumpa di sana,insyaAllah.