Nuffnang Ads

Tuesday, 25 September 2012

Lahirnya khatimul anbiya'...

Sabda Rasulullah:

Sesungguhnya Allah telah memilih kinanah di antara anak-anak Ismail, dan dipilihnya Quraisy dari kinanah, dan dipilihnya Hashim dari Quraisy dan dipilihnya aku dari Bani Hashim

Diriwayatkankan oleh Muslim

Adapun nasabnya baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Baginda dilahirkan pada tahun Gajah, iaitu tahun di mana Abrahah Al Asyram telah melanggar masuk ke kota Makkah dalam rangka percubaannya untuk menawan dan memusnahkan Ka'bah. Bagaimanapun percubaan tersebut gagal tatkala Allah SWT mengutuskan sekumpulan burung Ababil yang memusnahkan tentara Abrahah.

Baginda adalah yatim ketika dilahirkan. Ayahandanya wafat ketika baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah lahir baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib yang kemudiannya disusukan kepada seorang perempuan dari puak Sa'd Bakr yang bernama Halimah binti Abi Zuwaib. Ini adalah mengikut adat resam orang-orang Arab di kala itu.

Ahli sirah telah sebulat suara mengatakan bahawa kampung Bani Sa'd ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Sesampai sahaja Muhammad SAW ke rumah Halimah dan menyusu darinya, ketika itu juga keadaan pun berubah. Kampung yang dahulunya kering tandus mulai menghijau, kambing ternakan yang dahulunya kebuluran kini kembali dari ladang ternakan dengan uncang susunya yang penuh dengan susu.

Sumber dari kitab Fiqh As-Sirah karangan Sa'id Ramadhan Al-Buti

Saturday, 22 September 2012

Dian live "Inang kasih berbudi"...


Haji Menuju Allah...

 
Subhanallah, musim haji datang lagi, umat Islam dari seluruh pelusuk dunia tanpa mengenal warna kulit,rupa & pangkat menyahut seruan Allah dalam menunaikan kerukunan yang terdapat dalam Rukun Islam yang lima. Ibadah haji merupakan lambang ketaatan seorang hamba terhadap kebesaran Tuhan sekalian alam yang tiada sekutu bagi-Nya. Kami ingin mengucapkan selamat mengerjakan haji kepada semua muslimin & muslimat yang telah dipilih untuk menunaikannya. Semoga Allah memberikan kekuatan seterusnya dianugerahkan dengan haji mabrur.InsyaAllah...

Monday, 5 March 2012

Harapan PadaMu Subur Kembali...


Assalamualaikum ikhwan wa akhawat,post kali ini,coretan Dian berkisar tentang sebuah lagu nasyid yang sangat menyentuh kalbu seorang hamba yang bergelar manusia.Lagu bertajuk Harapan PadaMu Subur kembali alunan The Zikr ini merupakan antara lagu yang menyampaikan mesej tentang hubungan seorang hamba dengan Pencipta dan Pentadbir sekalian alam.Lagu ini memberi pengertian yang sangat mendalam tentang betapa hinanya kita sebagai seorang hamba,penuh dengan kekurangan dan kelemahan.Hanya dengan keampunan dan keredhaan Allah dapat menghapus segala noda dosa,sekali gus sebagai kekuatan dalam kita menggalas tugas sebagai khalifah dimuka bumi,penerus legasi tinggalan Rasul junjungan,Muhammad SAW,iaitu Al-Quran & As-Sunnah.

Saturday, 3 March 2012

Mengimbau kenangan munsyid...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ikhwan dan akhawat.Selawat dan salam buat Rasul junjungan,moga kita sentiasa mendapat keberkatan Allah SWT.Tulisan kali ini,kami ingin mengimbau kenangan kita kepada lagu-lagu nasyid terdahulu.Pastinya ada dikalangan anda mengenali munsyid terdahulu seperti Nadamurni,The Zikr dan Nahwan Nur.Lagu-lagu nasyid yang sarat dengan mesej dakwah yang sentiasa segar walaupun hanya berasaskan kepada ketukan perkusi.Bila didengar kembali,lagu-lagu nasyid yang dialunkan memberi keinsafan dan pengertian yang sangat mendalam.InsyaAllah,Dian akan menyingkap alunan tersebut dalam nada kami,bagi mengimbau irama klasik lagu nasyid dendangan munsyidin terdahulu.Moga segala usaha mereka dalam menyampaikan dakwah melalui medium nasyid ini membutirkan natijah yang baik kepada seluruh ummah.InsyaAllah.

Friday, 2 March 2012

Dian@Jom Heboh


Salam buat semua rakan-rakan.Untuk kali ini,ada sedikit coretan berkenaan persembahan Dian di booth Politeknik,Jom Heboh di Melaka.Alhamdulillah,kami dapat mempersembahkan 2 lagu khusus untuk pengunjung booth pada hari tersebut,"Permata Nusantara" dan "Setulus Dian".Walaupun cuaca agak panas,kami telah mencuba sebaik mungkin untuk menyampaikan setiap bait lirik untuk kedua-dua lagu tersebut.Terima kasih kami ucapkan kepada pihak penganjur atas jemputan,juga tidak lupa kepada semua yang terlibat serta sahabat Dian yang sempat hadir pada hari tersebut.