Nuffnang Ads

Tuesday 29 January 2013

Islam untuk seluruh alam...


Islam adalah agama untuk semua umat manusia,tidak mengira rupa, warna kulit, tutur bahasa atau apa sekalipun. Kita sering keliru dengan pengenalan agama Islam hanya berdasarkan bangsa dan warisan turun temurun dari salasilah nenek moyang kita. Hakikatnya, Islam adalah bersifat global dan diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia.Berikut adalah petikan daripada karangan Al-Ustaz Fathi yakan yang berkaitan dalam buku "Apa Erti Saya Menganut Islam":

Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan    diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.

Oleh yang demikian, perlu kita fahami bahawa asas kepada agama Islam adalah dari sudut aqidah atau pengakuan bahawa tiada tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah SWT.

"Sekiranya ada dilangit dan dibumi tuhan-tuhan selain Allah tentulah kedua-duanya itu telah rosak binasa. maka Maha suci Allah yang mempunyai Arasy daripada apa yang mereka sifatkan".
(Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)

No comments:

Post a Comment