Nuffnang Ads

Saturday 4 January 2014

Perjalanan Baginda Rasulullah ke Syam dan Perkahwinan Baginda dengan Saidatina Khadijah

Mengikut apa yang diceritakan oleh Ibnu Athir dan Ibnu Hisyam bahwa Khadijah Radiyallahu 'anha adalah seorang saudagar yang masyhur serta terkenal dengan kemuliaan budi dan kekayaan harta. Sebilangan besar dari orang-orang Arab di masa itu meminjam sebahagian daripada hartanya itu sebagai modal perniagaan mereka.

Bila mana Khadijah mendengar berita perihal peribadi Nabi Muhammad yang mulia dan akhlak yang terpuji itu dia terus mempelawakan kepada Nabi Muhammad S.A.W supaya menjalankan usaha perniagaan dengan hartanya dan sanggup memberi keuntungan yang lebih dari yang pernah diberikannya kepada orang lain. Untuk mengiringi baginda dalam usaha perniagaan nanti baginda akan dibantu oleh seorang budak suruhan Khadijah yang bernama Maisarah. Tawaran itu telah diterima baik oleh Muhammad S.A.W dengan penuh kerelaan hati. Baginda terus belayar ke negeri Syam untuk menjalankan urusan perniagaan bersama Maisarah budak suruhan Khadijah. Dalam perniagaan ini baginda telah mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Bila baginda kembali bertemu Khadijah dengan keuntungannya tadi, baginda terus menyerahkan kepada Khadijah apa yang perlu dan patut diserahkan dengan penuh amanah. Semasa di negeri Syam, Maisarah melihat dengan mata kepalanya sendiri dan tertawan dengan budi pekerti baginda yang mulia dan segala-galanya ini terus diceritakan kepada Khadijah. Khadijah sungguh tertawan dengan keamanahan dan budi pekerti yang tinggi dan yang lebih menghairankan lagi ialah keuntungan yang berlipat kali ganda yang diperolehinya dengan berkat baginda.

Dengan perantaraan Nafisah Binti Manbah, Khadikah telah menawarkan dirinya kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk menjadi teman hidupnya yang halal. Tawarannya tadi telah disambut baik oleh Muhammad S.A.W dengan tidak membuang masa, baginda terus menyatakan hasrat hatinya yang mulia itu kepada bapa-bapa saudaranya dan mereka terus melamar Khadijah melalui bapa saudaranya 'Amru Bin Asad. Perkahwinan pun dilangsungkan dengan selamatnya. Dikala itu Rasulullah S.A.W berusia genap 25 tahun sedang Khadijah berusia 40 tahun.

Petikan dari Kitab Fiqh Al-Sirah karangan Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti

Tuesday 22 October 2013

Kata-kata hikmah






Kutampal duniaku dengan sobekan agamaku,
Tapi agama dan yang kutampal tidak abadi juga,
Beruntunglah orang yang mendahulukan Tuhannya,
dan menemukan dunianya untuk seperlunya

Tiuplah dunia ampunan kan menghujanimu,
Bukankah hujungnya pindah jua,
Hartamu bagai jarahan saja,
Datang padamu, namun akhirnya pergi juga...

(Rabiah)-Mukashafah Al-Qulub

Tuesday 29 January 2013

Islam untuk seluruh alam...


Islam adalah agama untuk semua umat manusia,tidak mengira rupa, warna kulit, tutur bahasa atau apa sekalipun. Kita sering keliru dengan pengenalan agama Islam hanya berdasarkan bangsa dan warisan turun temurun dari salasilah nenek moyang kita. Hakikatnya, Islam adalah bersifat global dan diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia.Berikut adalah petikan daripada karangan Al-Ustaz Fathi yakan yang berkaitan dalam buku "Apa Erti Saya Menganut Islam":

Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan    diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.

Oleh yang demikian, perlu kita fahami bahawa asas kepada agama Islam adalah dari sudut aqidah atau pengakuan bahawa tiada tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah SWT.

"Sekiranya ada dilangit dan dibumi tuhan-tuhan selain Allah tentulah kedua-duanya itu telah rosak binasa. maka Maha suci Allah yang mempunyai Arasy daripada apa yang mereka sifatkan".
(Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)

Monday 28 January 2013

Setiap yang berlaku ada hikmahnya...

Pernahkah anda mengalami situasi dimana anda merasa tenang dengan suatu dugaan yang menimpa diri anda?Jika ada,ternyata anda seorang yang sangat tabah dan mempunyai rasa redha yang sangat tebal...Tapi sayangnya,rasa redha ini sangat kurang peratusnya berbanding rasa gelisah dan gundah gulana apabila ditimpakan sedikit ujian...Kita sering memikirkan agar Allah menunaikan segala hasrat dan hajat yang kita idamkan tanpa kita memikirkan adakah kita sudah cukup menunaikan setiap titah perintah Allah...Jika kita fikirkan dengan mendalam setiap zarah nikmat yang telah Allah kurniakan keatas tiap-tiap hambanya,maka pastinya kita tidak mampu untuk menghitungnya...Akan tetapi,hamba tetap hamba,kerana itulah kita perlu sentiasa mengingatkan diri kita supaya setiap yang dilakukan perlu diperbetulkan niat secara khusus untuk mendapatkan keredhaan Allah jua...Setiap yang berlaku ada hikmahnya...

Thursday 24 January 2013

Setulus Kasihmu

Dikala fajar melabuh sinarnya
Gelap alam tanpa cahaya
Kelam malam menggamit rasa
Langit nan luas tiada bernyawa

Hadirmu bagai bulan purnama
Memecah sirna penerang jiwa
Kerlipan bintang penyeri buana
Penunjuk jalan pelayar bahtera

Badai melanda tiada terduga
Ombak memukul menduga samudera
Bulan bintang menjadi sirna
Yang tinggal hanyalah nur kasihnya

Nur kasihmu bekalan abadi
Menjadi pedoman pelayar bahtera
Menongkah arus deras dunia
Penajam akal penenang jiwa

Nukilan : penalistrik

Wednesday 3 October 2012

Dian@Misi Kemanusiaan Kemboja


 
Pertengahan tahun yang lalu Dian terlibat dalam Misi Kemanusiaan di Kemboja.Jom kita review apa agaknya yang dilakukan mereka disana
 

 
 Ketibaan Dian di kemboja
 
Kerja-kerja pendawaian elektrik untuk masjid
 
 
Genset untuk membekalkan tenaga elektrik

Bersama anak-anak penduduk kampung yang turut membantu
 
Sesi p & p singkat dari akhi shahrul

'Pose' bersama anak-anak penduduk kampung

Misi berjaya!Alhamdulillah

Sekitar jalan-jalan cari makan di pekan kemboja

Thursday 27 September 2012

Perjalanan Baginda Rasul ke Negeri Syam...

Dalam usia dua belas tahun bapa saudara baginda Abu Talib membawa bersama-samanya ke negeri Syam (Syria). Ketika mereka sampai di suatu tempat yang dikenali dengan "Basra", mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama "Buhaira", seorang yang bijak mengenai Kitab Injil dan agama Nasrani. Beliau memerhati Nabi Muhammad SAW kemudian bertanya kepada Abi Talib, katanya: "Budak ini anak tuan hambakah?", Lantas dijawab oleh Abi Talib; "kenapa tidak! Ya, budak ini anakku". Oleh kerana Abi Talib terlalu kasih dan sayang kepada Rasulullah sejak dahulu lagi maka beliau menyebut-nyebut baginda sebagai anaknya. Kemudian Buhaira menegaskan; "Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup". Abu Talib menjawab; "sebenarnya budak ini anak saudaraku, bapanya meninggal ketika ia masih dalam perut ibunya". Paderi tadi menambah; "memang benar apa yang engkau ceritakan kerana segala-galanya tercatat dalam injil dan di sini ingin saya nasihat iaitu supaya segeralah engkau membawanya pulang sebab kalaulah ternampak oleh orang-orang Yahudi mereka akan mengancam nyawanya kerana anak saudaramu ini di masa muka nanti akan membawa suatu perkara besar dan agung. Maka Abu Talib pun segera pulang ke Mekah bersama Rasulullah SAW.

Sumber dipetik dari kitab Fiqh As-Sirah karangan Sa'id Ramadhan Al-Buti