Nuffnang Ads

Thursday 27 September 2012

Perjalanan Baginda Rasul ke Negeri Syam...

Dalam usia dua belas tahun bapa saudara baginda Abu Talib membawa bersama-samanya ke negeri Syam (Syria). Ketika mereka sampai di suatu tempat yang dikenali dengan "Basra", mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama "Buhaira", seorang yang bijak mengenai Kitab Injil dan agama Nasrani. Beliau memerhati Nabi Muhammad SAW kemudian bertanya kepada Abi Talib, katanya: "Budak ini anak tuan hambakah?", Lantas dijawab oleh Abi Talib; "kenapa tidak! Ya, budak ini anakku". Oleh kerana Abi Talib terlalu kasih dan sayang kepada Rasulullah sejak dahulu lagi maka beliau menyebut-nyebut baginda sebagai anaknya. Kemudian Buhaira menegaskan; "Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup". Abu Talib menjawab; "sebenarnya budak ini anak saudaraku, bapanya meninggal ketika ia masih dalam perut ibunya". Paderi tadi menambah; "memang benar apa yang engkau ceritakan kerana segala-galanya tercatat dalam injil dan di sini ingin saya nasihat iaitu supaya segeralah engkau membawanya pulang sebab kalaulah ternampak oleh orang-orang Yahudi mereka akan mengancam nyawanya kerana anak saudaramu ini di masa muka nanti akan membawa suatu perkara besar dan agung. Maka Abu Talib pun segera pulang ke Mekah bersama Rasulullah SAW.

Sumber dipetik dari kitab Fiqh As-Sirah karangan Sa'id Ramadhan Al-Buti

No comments:

Post a Comment