Dalam usia dua belas tahun bapa saudara baginda Abu Talib membawa bersama-samanya ke negeri Syam (Syria). Ketika mereka sampai di suatu tempat yang dikenali dengan "Basra", mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama "Buhaira", seorang yang bijak mengenai Kitab Injil dan agama Nasrani. Beliau memerhati Nabi Muhammad SAW kemudian bertanya kepada Abi Talib, katanya: "Budak ini anak tuan hambakah?", Lantas dijawab oleh Abi Talib; "kenapa tidak! Ya, budak ini anakku". Oleh kerana Abi Talib terlalu kasih dan sayang kepada Rasulullah sejak dahulu lagi maka beliau menyebut-nyebut baginda sebagai anaknya. Kemudian Buhaira menegaskan; "Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup". Abu Talib menjawab; "sebenarnya budak ini anak saudaraku, bapanya meninggal ketika ia masih dalam perut ibunya". Paderi tadi menambah; "memang benar apa yang engkau ceritakan kerana segala-galanya tercatat dalam injil dan di sini ingin saya nasihat iaitu supaya segeralah engkau membawanya pulang sebab kalaulah ternampak oleh orang-orang Yahudi mereka akan mengancam nyawanya kerana anak saudaramu ini di masa muka nanti akan membawa suatu perkara besar dan agung. Maka Abu Talib pun segera pulang ke Mekah bersama Rasulullah SAW.
Sumber dipetik dari kitab Fiqh As-Sirah karangan Sa'id Ramadhan Al-Buti
Nuffnang Ads
Thursday, 27 September 2012
Tuesday, 25 September 2012
Lahirnya khatimul anbiya'...
Sabda Rasulullah:
Sesungguhnya Allah telah memilih kinanah di antara anak-anak Ismail, dan dipilihnya Quraisy dari kinanah, dan dipilihnya Hashim dari Quraisy dan dipilihnya aku dari Bani Hashim
Diriwayatkankan oleh Muslim
Adapun nasabnya baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Baginda dilahirkan pada tahun Gajah, iaitu tahun di mana Abrahah Al Asyram telah melanggar masuk ke kota Makkah dalam rangka percubaannya untuk menawan dan memusnahkan Ka'bah. Bagaimanapun percubaan tersebut gagal tatkala Allah SWT mengutuskan sekumpulan burung Ababil yang memusnahkan tentara Abrahah.
Baginda adalah yatim ketika dilahirkan. Ayahandanya wafat ketika baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah lahir baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib yang kemudiannya disusukan kepada seorang perempuan dari puak Sa'd Bakr yang bernama Halimah binti Abi Zuwaib. Ini adalah mengikut adat resam orang-orang Arab di kala itu.
Ahli sirah telah sebulat suara mengatakan bahawa kampung Bani Sa'd ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Sesampai sahaja Muhammad SAW ke rumah Halimah dan menyusu darinya, ketika itu juga keadaan pun berubah. Kampung yang dahulunya kering tandus mulai menghijau, kambing ternakan yang dahulunya kebuluran kini kembali dari ladang ternakan dengan uncang susunya yang penuh dengan susu.
Sumber dari kitab Fiqh As-Sirah karangan Sa'id Ramadhan Al-Buti

Saturday, 22 September 2012
Haji Menuju Allah...
Thursday, 20 September 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)