Nuffnang Ads

Tuesday 25 September 2012

Lahirnya khatimul anbiya'...

Sabda Rasulullah:

Sesungguhnya Allah telah memilih kinanah di antara anak-anak Ismail, dan dipilihnya Quraisy dari kinanah, dan dipilihnya Hashim dari Quraisy dan dipilihnya aku dari Bani Hashim

Diriwayatkankan oleh Muslim

Adapun nasabnya baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Baginda dilahirkan pada tahun Gajah, iaitu tahun di mana Abrahah Al Asyram telah melanggar masuk ke kota Makkah dalam rangka percubaannya untuk menawan dan memusnahkan Ka'bah. Bagaimanapun percubaan tersebut gagal tatkala Allah SWT mengutuskan sekumpulan burung Ababil yang memusnahkan tentara Abrahah.

Baginda adalah yatim ketika dilahirkan. Ayahandanya wafat ketika baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah lahir baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib yang kemudiannya disusukan kepada seorang perempuan dari puak Sa'd Bakr yang bernama Halimah binti Abi Zuwaib. Ini adalah mengikut adat resam orang-orang Arab di kala itu.

Ahli sirah telah sebulat suara mengatakan bahawa kampung Bani Sa'd ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Sesampai sahaja Muhammad SAW ke rumah Halimah dan menyusu darinya, ketika itu juga keadaan pun berubah. Kampung yang dahulunya kering tandus mulai menghijau, kambing ternakan yang dahulunya kebuluran kini kembali dari ladang ternakan dengan uncang susunya yang penuh dengan susu.

Sumber dari kitab Fiqh As-Sirah karangan Sa'id Ramadhan Al-Buti

No comments:

Post a Comment